Pages

Thursday 13 October 2011

Pemilihan Minyak Pelincir - Informasi berguna



1. Sefahaman aku SAE itu ialah kepekatan minyak. Dimana SAE xW-x (cth20w-50, 0W-30) - bermakna minyak itu multigred manakala SAE x (cth 40) ialah minyak single gred. Minyak Multigred berupaya merubah kelikatannya sendiri bergantung pada suhu manakala minyak single gred kelikatannya adalah kekal pada sebarang suhu.

2.    Enjin memerlukan Minyak Yang Berkelikatan Rendah (Cair) ketika enjin sejuk manakala ketika enjin panas enjin memerlukan minyak yang lebih tebal untuk melindungi enjin daripada geseran. Ini kerana ketika enjin sejuk, minyak yang cair akan memudahkan ianya menyelaputi enjin lebih cepat, manakala ketika enjin panas minyak yang tebal dapat melindungi enjin dari geseran dengan lebih baik.

3.    Petunjuk nombor xW menunjukkan kepekatan minyak ketika sejuk manakala nombor selepasnya menunjukkan kepekatan minyak ketika enjin panas.

4.    Ini bermakna pada suhu bilik, minyak 0W-40 lebih cair daripada minyak 20W-40, manakala pada suhu 100 darjah celcius kedua duanya sama pekat.

5.     Pada suhu bilik, minyak 20W-40 sama cair dengan minyak 20W-50 manakala pada suhu 100 darjah celcius minyak 20W-50 lebih pekat.

6.    Kita boleh membuat kesimpulan asas dengan menyatakan lebih rendah nombor SAE- didepan lebih baik ianya melindungi enjin ketika waktu sejuk,manakala lebih tinggi nombor SAE di belakang lebih baik ianya melindungi enjin yang panas.

7.   Setiap Enjin adalah berbeza, oleh itu tak semua enjin mempunyai suhu panas yang sama. Justeru ada kereta yang hanya memerlukan nombor SAE belakang hanya setakat 30 sahaja sebab enjin itu memang sejuk.

8.   Minyak yang cair ketika sejuk sesuai untuk digunakan oleh kereta baru keluar kilang sebab komponennya masih ketat oleh itu minyak 0W atau 5W adalah sesuai.

9.    Minyak 0W tak sesuai digunakan di Malaysia sebab sini bukan Negara Salji kalau guna pun buang duit sahaja.

No comments:

Post a Comment