Pages

Saturday 22 October 2011

Siapa Kolonel Muammar Abu Minyar al-Gaddafi

Kolonel Muammar Abu Minyar al-Gaddafi merupakan telah Presiden Libya semenjak 1969. Gaddafi menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya atau Jamahiriah Arab Libya. Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Sirte. Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Dilahirkan di dalam khemah puak Badwi berdekatan Sirte pada tahun 1942, Gaddafi seperti kanak-kanak lain mendapat pendidikan di sekolah Islam. Lelaki berpangkat kolonel ini berkuasa selepas menggulingkan Raja Idris pada 1969. Ketika itu beliau adalah Kapten Gaddafi yang baru berusia 27 tahun. Selama empat dekad, Muammar Gaddafi berkuasa di Libya dan menyifatkan dirinya seorang pejuang revolusi menentang penjajahan Barat. Bersemangat bersama sekumpulan pegawai tentera muda, Gaddafi berjaya merampas kuasa daripada Raja Idris yang sedang mendapat rawatan di Turki dan membentuk Republik Arab Libya pada 1 September 1969, namun kini yang tinggal hanyalah kisah tragis bekas pemimpin itu.

Sepanjang pemerintahannya, bekas pemimpin Libya itu dikatakan banyak mengamalkan perbuatan pelik antaranya dengan memilih wanita yang masih dara sebagai pengawal peribadinya. Gaddafi memilih sendiri 40 wanita yang disukainya yang kemudian dilatih menjadi pembunuh yang sangat cekap sebagai pelindung dirinya. Gaddafi sering tampil bergaya, baik ketika berseragam tentera mahupun ketika mengenakan jubah Arab Badwi, darah puak yang mengalir kuat dalam dirinya. Beliau tidak pernah meninggalkan aksesori yang sinonim dengan dirinya, iaitu kaca mata hitam. Begitu juga dengan jururawat dan pengawal peribadinya yang terdiri daripada wanita cantik. Ketaksuban Gaddafi terhadap wanita bukan setakat itu saja, malah beliau dikatakan turut membawa sekumpulan jururawat yang diketuai oleh seorang wanita Ukraine dikenali sebagai Galyna Kolotnytska bagi menjaganya. Gaddafi lebih suka memakai jubah selain menggayakan uniform tentera dengan pelbagai imej yang pelik. Antara sifat peliknya juga adalah tidak akan sesekali menginap di mana-mana hotel sewaktu di luar negara. Dia akan memilih untuk tinggal di dalam khemah yang diperlengkapkan dengan pelbagai kemudahan dan dihias indah seperti mahligai.

Salah satu sumbangan terbesar Gaddafi kepada negaranya ialah usahanya membina ‘sungai buatan’ bertujuan menyalurkan air bawah tanah ke seluruh negara Libya yang tandus itu. Malah bagi rakyat Libya, projek yang dikenali sebagai Great Man-Made River Project itu merupakan Keajaiban Kelapan Dunia.



Beliau juga pernah menyuarakan hasrat untuk mewujudkan sebuah negara kesatuan Afrika apabila cuba menggabungkan Libya, Syria dan Mesir pada 1972 tetapi ia ditentang dan tidak mendapat persetujuan. Walaupun usahanya itu gagal, pada 1974, sekali lagi Gaddafi menyuarakan hasrat untuk mewujudkan negara Republikan Arab dengan cuba untuk bergabung dengan Tunisia tetapi akhirnya gagal kerana tidak dipersetujui oleh pemimpin negara berkenaan.

1 comment:

  1. Akhbar melaporkan bahawa pemuda yang menembak Gaddafi itu berumur 17 tahun.. sadis!!

    ReplyDelete