Pages

Thursday 20 October 2011

Tips penjagaan Wiper Kereta

Assalamualaikum semua..sebagai pengguna kereta semestinya kita pernah berhadapan dengan masalah wiper yang berbunyi apabila digunakan. Tidak kurang juga, apabila hujan wiper tidak berfungsi dengan sempurna menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan membahayakan pemandu. Perkara ini disebabkan keadaan wiper yang telah keras atau rosak, apa yang perlu dilakukan hanyalah mengantikan wiper tersebut. Pemilihan wiper yang baik amatlah penting untuk keselesaan dan kepuashatian kita apabila digunakan.


Terdapat 2 jenis wiper frameless atau kerangka :

a) Silicone Wiper
b) Rubber Wiper

Jika dibandingkan antara Silicone Wiper dan Rubber Wiper sememangnya silicone adalah lebih baik dari segi ketahanan dan fungsinya Cuma harganya pun lebih juga, yang penting bagi saya ialah kualiti. wiper boleh menjangkau usia penggunaan sekiranya dijaga dengan baik. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah :

  • Apabila anda letak kenderaan anda, pastikan tetangan pengilap kereta anda diangkat terutama sekali dalam keadaan cuaca panas. Ini kerana apabila wiper tersebut terus diletakkan diatas cermin tadi tindak balas suhu mengakibatkan bilah getah tersebut rosak dan menjadi tidak rata.
  • Pastikan tangki pencuci cermin diisi air dan sedikit cecair pencuci agar bila kita mengelap cermin menggunakan wiper lebih licin dan tidak merosakkan bilah dan cermin kereta anda.
  • Bersihkan bilah pengelap sekerap yang boleh sebaik-baiknya dalam seminggu sekali. Gunakan kain basah dan bersihkan dari hujung ke hujung, wiper yang kotor biasanya akan meninggalkan kotoran berwarna hitam pada kain tadi. selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment